MAKLUMAN KEPADA PELANGGAN BHM

Fasa terbaru homestay BHM sedang dalam pembinaan dan dijangka akan siap sepenuhnya pada bulan Februari 2012. Fasa terbaru ini menyediakan tambahan 4 bilik lagi kepada pelanggan berbanding 4 bilik pada fasa pertama. Keseluruhannya, BHM akan beroperasi dengan menyediakan 8 bilik penginapan bermula Februari 2012. Ini merupakan satu lembaran baru kepada kami di atas permintaan pelanggan yang sangat memberansangkan. Kami memohon maaf sekiranya terdapat permintaan pelanggan sebelum ini tidak dapat kami penuhi kerana perkhidmatan bilik yang tidak mencukupi. Jadi dengan tambahan 4 bilik ini lagi, kami berharap agar dapat menampung permintaan daripada pelanggan kami dari semasa ke semasa, Insyaallah...

Comments